[LIVE] Akta Tembakau: Apa Kata Anak Muda

2022-07-15 801

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok serta mewujudkan peruntukan berkaitan Generasi Penamat dalam persidangan Parlimen mendapat pelbagai reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk dalam kalangan kumpulan profesional perubatan, kesihatan dan pengguna di Malaysia.

Usaha bagi mewujudkan generasi baharu yang bebas tabiat merokok termasuk penggunaan vape bukan suatu perkara yang mudah untuk direalisasikan, namun iatidak mustahil berlaku jika wujud kesedaran tentang kemudaratan pengambilannya .

Diskusi lanjut dalam Wacana Siri 356, sekarang di semua platform media sosial Sinar Harian:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian
Youtube: https://www.youtube.com/user/SinarHarianWebTV
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline
Portal: www.sinarharian.com.my

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian